Powered By Blogger

Wednesday, March 28, 2012

pg td kan...heeee

pg td ak g talk kt teater hall klj.ustaz don bg cramah.best la.die ala2 akhil hay,ustaz azhar idrus...hehe..cume ustaz don  ni bole dikategorikan mude2 la jugak...29 umo die..sbb utama ak g sbb nak wat assignment..pastu ak nak knl gak spe lah ustaz don ni...rupe2nye die laaa....spe?nth la...ak bru knl..haha...slame ni dgr name je.

then td lepak ngn org tu..dptla dgr pe die cite kt ak...well...ak kan....spe xkenal...haha!

meh ni ak copy paste dr status fb ak

**cinta tu ialah apabila 2org insan/pasangan itu menjadi baik,bertambah baik dan menjadi lebih baik.sanggup menerima kekurangan dan takkan meningglkan hanya sbb die ade 'kekurangan'.


ini la yg ustaz don ckp td...sbb tajuk die mengenai cinta!


btul ape ustaz tu cakap...btul sgt...


ak pon stuju.


pendapat ak...tak kire la ape aje kekurangan die..dan kite tak suke ngn pangai die tu...jangan la breakoff...kekalkan sahaje perhubungan itu.nak tanye korg lah kan...salah ke cinta itu?xslh kan....jd knp nak breakoff....knp nak abaikan org yg kite syg....knp nak buang die dr idup kite....knp???klu btul ko syg die...ko trime die seadanya..bukan buang die...klu ko buang die..itu bukan cinte namanye....


klu dah xsyg...jangan la bina something special with her/him..jgn sakitkan hati org.


bg ak...pendapat ak.ini pendapat pribadi ak.sush ak nak kuarkan kate2 ni.tp ini la yg ak percaye.klu btul sygkan seseorg..berubah la...merubah diri sendri dan ajk pasangan merubah hidup kpd sesuatu yg baik,makin baik dan lebih baik.itulah cinta sebenarnye.kau ade?haaaaaa


mmg la semua org tu tak perfect..mesti de yg cakap..ko ckp mcm ko perfect je kan..kan...de ak kesah??ni pndpt ak...tak sme ngn pendpt korg..klu korg tau pe tu cinta..knp msih nak buat cmtu...ak xsempurna...tp knp ak tak pernah kesah spe pasangan ak...ak bukan materialistik.fine lah anda mahu ckp saya itu dan ini...tp cube tgk siapa anda...


ape aK MENGARUT ye kat ats nih...mcm lpskn marah je...ahaha..tettttt

lantakkan

lantak ko la nak trase.ak sikit pon xheran........whateva!

Saturday, March 24, 2012

dalam isinya..

ANA TELAH BERTUNANG.....


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.


Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.


"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"


Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"


Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.


"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.


"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.


"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.


...........................................................................................


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.


Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.


Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.


Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."


Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"


Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."


"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


...........................................................................................


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

all mcdonald had a farm..eya-eya-ooo

ingt lg xlgu tu?hahaha.zaman tadika punye lagu.

bkn nak mlayan..tp td hsmte ak mintak tlg ak dloadkan lagu tu utk die bg kat bebudak kls die...tesl kot...mmg lah hai...dpt plak bdk skolah rendah sesi ptg plak...huhu...

jom layan...hahahaha


knduri kawen.

haihh bile la lagi bole makan lauk kenduri kawen ni ea...tggu balik ipoh je la bleh merase lebih skit...kt s.alm ni penah skali je mrase lauk kenduri nih...tu pon kwn ajak dtg abg die kwen...merase la ayam masak merah,acar buah ngn daging itam tu kannn....dah lepas makan dok mlepak kt dlm umah die plak...seblah pelamin plak tuh...tp gamba plamin xdelah...cume sempt la snap suasana bile pengantin tu tgh bersanding.....best gak...dah mcm artis popular...rmai papa n mamarazi berebot2 nak amik gamba..hahaha!
klu tgk mcm2 gaye ade. thanks to lana eh. hihih




ini die..sumer chocolate.







xcntik...tp skang lebih tertumpu pd kek... :)
xtau nak kembangkan cmne lg...mgkin antar kedai..mgkin tggu org order...  :)

Wednesday, March 21, 2012

happy sgt lebih kepada segalanya.

hppy sbb cupcake menjadi.siyess happy sgt sbb bdk umh sumer kate sedap....heee.....gamba ade tp nnti2 la upload.....comel tau tak...heee

YaAllah trima kasih YaAllah...  :)

Saturday, March 10, 2012

ingt bulan bole senang2 jatuh ke riba ke....haihhh

mcm ni lah..ak sbnrnye xde problem ape2 pon. trutama family ak. mintak maaflah klu ak nih nampak memalukan dri sendri bile mintak tlg ngn mmber2,,sumpah sgt2 ak tak penah nak mintak tlg especially lg psl duet...giler lah klu ak tetibe nak pinjam duet mcm terdesak ya amat. Ya Allah....berdosenye ak....itu yg ak ase..

ak nak mintak maaf btul2 ngn mmber2 ak..ak xnk r diorg pk ak nih ape plak...kang diorg pk membukan..susah ak...hishh!

Tuesday, March 6, 2012

aku.

diam2 ubi berisi.xnmpk tp ade.

pendiam skit,tp klu ade crite  boleh je talkative.

mgkin org takkan ingt kt ak,sbb ak xlah pembwa keriangan sgt kt org..jd ak takkan terkejut klu2 xde pon ingt kat ak.stiap org ade cara tersendri mcm mne nak serasi dgn org lain..btul x?ak dgn cara ak...mgkin org ak ingt ak dgn perkara2 lain.ak xpenah lagi dgr org ckp "ishh xbest r ain xde" stakat ni tak penah lagi lah,sbb..ak bukanlah terlalu riang sgt2 smpai org nak ingt kat ak.mcm ak ckp...ak adelah ak..org akan ingt ak dari sudut yg lainlah..ak nih ape2 pon boleh.ak xkesah.

diam.org klu xkenal ak btul2 msti akn ckp ak nih tak fun lgsung.ajk lepak diam je.hey..bkn sumer bende ak citer tau.ak diam bermakne ak memerhati,ak mendengar,ak melihat setiap gerak geri,gerak tubuh,bahasa..cara percakapan,lenggok bahasa kwn2 ak.dan dlm mase yg same...sesuatu bermain dlm fikiran ak.ak berfikir.org ni mcm ni...org tu mcm tu...ikhlas x die...aku tggu je die sebut nme ak ke x...die anggp x ak kwn die....dah last2 bru nak jemput ke atau awl2 lagi dah sebut name ak.sumer tu diambil kire.

mase ak dpt tau yg kau sbnrnye tau apa ak rase...kau dpt tgk ak ni sbnrnye tak bpe suke 'die' ade ngn kite...time tuh ak terfikir sendri...kau kwn ak rupenye..kau sedar rupenye...ak ingtkanlah ak nih dah xde kwn dah nak sedar pangai ak mcm ni mcm tu...upenye ade yg sdar...patut la 'die' sebok2 tanye ak...hurmm ..tp ko diam je kan...ko tak cube slowtalk ngn ak kan...mmg ak rase terancam mase tuh..ak rase ak sorg2 kt cni...ak dah xde kwn la kot...sedih...ak sorg je kot...nth la...ak nak citer lebih2 pon xgune...kite tak rapat mane pon....

skt kpale..


Monday, March 5, 2012

so sadddd

hmm taun ni byk bende yg terlepas..g vietnam xjd,g sbh xjd..g hk pon xjd...tp tetibe je bln depan fmily ak g vietnam...then suddently ahd ni ibu g sbh...tautak time tuh ak dah abis exam...hmm sdih btul...memule tak jd g sbh tu sbb takot ade exm time tuh but now...urghhh!!mestila trase xok!

emm

sayang aku ingin berbicara kepadamu , tentang ape yang aku rasakan , ada apa , ada apa katakanlah aku akan dengarkan semuanya , bila nanti orang tua mu tak meredhai dengan apa yang ku rasakan padamu ,semua orang tua ingin yang terbaik untuk anak nya begitu pon orang tua mu , kau takan tinggalkan ku , takan penah sayangku , janjimu janji ku untuk mu , takan ade yang pisahkan kita , sekali pon kau telah tiada , akan ku pastikan , ku akan memeluk mencium mu di SYURGA:)

Sunday, March 4, 2012

mmg begini.

--diam lebih bagus dr berkate2--
mmg mcm tu.xpenah nak ckp pun.diam2 je.xckp pon x ape.ade ape2 pon sendri2 je.perlu ke nk tau?ingt yg penting2 je dah lah.enough for me.

--diam2 ubi berisi--
itu yg org sllu kate.mule2 tak tahu,lps tu berteka teki..lame2 nahhh ini la die....ooooo....

--sedar xsedar--
eh!laaa...ini rupenye bile btul2 dah terkene.wahh dlu kate lain..skang mcm ni...well...Tuhan tu kan Maha Adil...kite manusia merancang tp kene beringat Tuhan yang tentukan semuanya.


lps ape yg dah jadi....3thn 8 bln...susah...tp dpt blaja kt cni dah kire alhamdulillah...
then...2thn...amat payah...beruntung ade housemate best..lega...alhamdulillah...
6bln...xlme mne pon..xde pe pon nak ckp...srabut!dah slesai.. alhamdulillah...
skang....x expect lgsung...tapi tetap bersyukur dgn apa yg ade skang..


:)

suka.



:)

sy beringat,sy tau,sy beringat.

INGAT!

Saturday, March 3, 2012

apekah?heee

td lps je stdy skit2 psl amln pengurusan tuh ak trus on9,belek2 fb ustaz azhar idrus tuh...ak tgk2 la profile pict die...ade satu gamba ni die ngn ular sawe...wahh....tetibe ak tringt something...ye..mlm td ak de mimpi ular..ular sawe ok..besar...ade la dlm beberape ekor..sumernye mcm xnk bg ak masuk umh...sbb ular tu dok kt pintu umh...klu ak nak msuk je msti die naK ngap!eeee takot tau tak...tapi ak xde la kne gigit ke kne belit ke..ular tuh just cari pluang nak ngap aku atau nak belit atau patuk ak kot....then bile ak nampak je ular tu tggu ak kt pintu...ak trus panggil jiran ak utk halau ular tu,then ak tgk jiran ak tuh halau ular tuh then die kne belit ngn ular tuh...

okeh...bile ak tgk gmba ustaz tuh,trus ak terpikir ape maksod mimpi tuh...then ak search ni yg ak dpt...(dr web2 tertentu)

-------->>tgk bwh ni...

***

Mimpi ular ni maknanya ada orang yang berniat buruk pada kita. Belum tentu lagi dia hantar benda2 bukan2. Jadi, nasihat saya, ingatlah Allah selalu. Amalkan surah2 rukyah
  AYAT-AYAT RUQYAH :

1. Surah Al-Fatihah ( ayat 1-7 )
2. Surah Al-Baqarah ( ayat 1-5 )
3. Surah Al-Baqarah ( ayat 102 )
4. Surah Al-Baqarah ( ayat 163-164 )      
5. Surah Al-Baqarah ( ayat 255 )
6. Surah Al-Baqarah ( ayat 285-286 )
7. Surah Al-'Imran ( ayat 18-19 )      
8. Surah Al-A'raf ( ayat 54-56 )
9. Surah Al-A'raf ( ayat 117-122 )
10. Surah Yunus ( ayat 81-82 )
11. Surah Thaha ( ayat 69 )      
12. Surah Al-Mukminin ( ayat 115-118 )
13. Surah As-Shaffat ( ayat 1-10 )
14. Surah Al-Ahqaf ( ayat 29-32 )      
15. Surah Ar-Rahman ( ayat 33-36 )
16. Surah Al-Hasyr ( ayat 21-24 )
17. Surah Al-Jin ( ayat 1-9 )      
18. Surah A1-Ikhlas ( ayat 1-4 )
19. Surah Al-Falaq ( ayat 1-5 )
20. Surah An-Nas ( ayat 1-6 )





***

aku pernah gak mimpi ula..
org kate..klu da kwen pun mimpi ula lagi..alamat tak baik..
sama ade saka atau buatan org atau akan dpt kesusahan..
nak nak pulak klu ula itam..kalau ula tu belit kite ke kn..
tp..takyah la percaya mimpi sgt..mainan tido jek..
jgn fikir mimpi sgt..
bebanyak la berdoa..baca surah..
insyaAllah..



***

kalau kite bermimpi ular hitam, menyusukan bayi atau mendapat baby, mimpi tersebut bagitau yg kite ni diganggu jin atau orang cube sihirkan kite...jadi cube awak amal kan ayat2 RUQYAH..kalau tak beli pun awak beli cd ayat2 RUQYAH dan pasangkan kat umah sentiase..sampai awak hilang gangguan tu..mase awak pasang cd tu, boleh letak satu botol air mineral dan bukan tutup botol tu supaya air tu didengarkan ngn bacaan ayat2 RUQYAH tu..air tu awak boleh buat minum..


sebelum tido..awak bace tiga qul..bace mengadap kiblat dan kemudian hembus kat tapak tangan..pastu sapu seluruh badan..sambil bace tu niatkan tuk memelihara diri ngn ayat 3 qul itu..insyaAllah, ilang mimpi awak tu


arrr lagi satu, jgn pasang cd tu dlm kenderaan..bahaya, takut2 menganggu mase bawak kete nanti



***
mimpi ular hitam adalah gangguan negatif pada diri..ular hitam -jin kafir..biasakan diri dgn zikr dan dekatkan diri padanya..jangan bersangka buruk..selalu positif..tidak kira apa alamat yang datang jangan anggap mimpi membawa malapetaka..kerana itu Rasulullah tidak memberi kita bercerita ttg mimpi buruk selama 3 hari..kerana dikhuatiri jika percaya dan disebut2 jd makbul. kebanyakan dikaitkan dengan saka dan unsur jahat.Namun bertawakalla tiada daya upaya kecuali Allah dan tiada manfaat atau mudarat kecuali Allah.


***


***



yang first tu la yg best ak ase..amalkan surah2...  :)