Powered By Blogger

Sunday, March 31, 2013

senyumlah hati walaupon kau berduka



sudah tidak ada lagi kata sayang kerana kepercayaan diragut dgn rasa curiga.

sudah tidak ada kata sayang kerana masih tidak ada kepercayaan.

sudah tidak ada kata pujuk kerana kebencian menguasai diri.

sudah tidak ada hubungan kerana semuanya tidak bererti lagi.

-----------------------

apa gunanya hubungn jika tiada kepercayaan.

apa gunanya kesetiaan jika tiada kemaafan.

apa gunanya dua insan kalau tidak melengkapi.

apa gunanya kesalahan jika tidak dibetulkan.

-----------------------

sabarlah hati kerana engkau seorang perempuan.

sabarlah hati kerana kau seorang yang kuat.

sabarlah hati kerana kau masih tabah berdiri.

sabarlah hati kerana kau masih di sini.

-------------------------


biarkan mereka dengan kata-kata.
biarkan mereka dengan hujahnya.
biarkan mereka dengan tuduhannya.
biarkan...

biarkan mereka jika tak berasas..
biarkan mereka jika tak menahan..
biarkan mereka ..biarkan....

----------------------


jika yang salah diperbetulkan.
jika yang kurang ditambahkan.
jika masih kurang dilengkapkan.
jika sedia ada dipasangkan.

----------------------

lemah tak bereti jatuh.
jatuh tak bererti sakit.
sakit tak bererti kalah.
kalah xbereti mengalah.

------------------------




I'm not a perfect person, I make a lot of mistakes..but I really appreciate those people who stay with me after knowing how I really am ..















10 punca lemah dan ngantuk.



x cukup tido - xckup tdo boleh ganggu fokus dan kesihatan korg. disarankan tido 7 - 8 jam setiap malam.
                    -  jadikan ia satu prioriti. tetapkan jadual tido. tutup laptop. jgn on fb. matikan semua gadget. 
                       jgn mnum kopi,nescafe waktu malam. waktu tdo tutup lampu.

tidur apnea - kdg2 korang pk korang dah dpt waktu tdo yg ckup, tp masalah apnea lak yg ganggu.
                     Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan korg tersekat ketika tidur.
                     Menyebabkan korg berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara
                     tibe2 korg terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan korg dari tidur tapi 
                     korg mungkin tak sedar. Hasilnya, korg tak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi
                     korg di siang hari merudum.
                 -  Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan korg dan jgn merokok.
                    Kedua-dua ini berpotensi  mendapat apnea.

x cukup tenaga - Makan terlalu sikit, diet yang keterlaluan akan sebabkan korg lemah. Diet yang 
                          seimbang bantu korg utk kekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah.
                          Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, korg akan jadi lemah dan boleh          
                          menyebabkan pitam.
                        - Mesti, mesti dan mesti breakfast! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping
                          roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga korg dapat dibekalkan di waktu pagi. 
                          Waktu pagilah korg perlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk
                          fokus pun korg perlukan tenaga jugak.

kurang darah merah - Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering
   (anemia)                 berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid.
                                 Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka 
                                 dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen     
                                 keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia.                                       
                                 Jumpa doktor jika ade siptom macam tu.
                              - Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di
                                 klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi
                                 seperti daging merah, dan juga kekacang.

tekanan emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat
                         sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada
                         fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering
                         berlaku akibat tekanan emosi.
                      - Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat
                         kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat
                         nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental.
                         Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus
                         berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai
                         satu cara untuk mengubat masalah tersebut.

Penyakit hipotiroid - Korg mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian
                                halkum korg. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma korg.
                                Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup,
                                metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan korg 
                                bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
                             - Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui
                                kadar hormon tiroid korg.

terlalu banyak kafein - Kafein membantu korg segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila
                                   korg mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam
                                   kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah                                                                            
                                   meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan
                                   korg menjadi lemah.
                                - Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. 
                                   Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah
                                   menyebabkan korg bertambah lemah.

penyakit kencing manis - Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak
                                      dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat 
                                      dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau 
                                      ayah korg yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama
                                      ada mereka mudah letih atau tidak. mesti diorg cakap ye.
                                   - Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan
                                      mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat
                                      badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang
                                      secara separuh.

penyakit jantung -  Secara ringkasnya, korg akan alami simptom mudah penat dalam
                             melakukan kerja-kerja walaupun korg berjalan dalam jarak yang dekat.
                          -  Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.

dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan  kurang minum air. Sama ada  melakukan
                 senaman ataupun bekerja di atas meja, badan sangatlah perlukan air. Apabila
                 korg dahaga, itu bermakna korg dehidrasi.
              -  Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya korg g gym, minum
                 air setiap kali korg lakukan senaman. Apabila rasa dahaga, terus minum seteguk
                 dua. Bila korg minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

:)
















4 tabiat jejas kesihatan

tidur kurang 5 jam sehari - Hormon stress akan meningkat sekiranya seseorang tidak mendapatkan tidur yang cukup. Selain daripada itu, ia juga akan mengganggu jadual pemakanan anda. Anda mungkin akan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidur yang tidak cukup akan mengurangkan penghasilan antibodi untuk melawan kuman. Ini akan membuatkan anda mudah untuk menghidapi penyakit demam atau selesema. Seorang dewasa dinasihatkan untuk mendapatkan tidur antara 7-8 jam setiap malam. Tetapi awas, anda juga perlu mengelakkan terlebih tidur kerana ia turut memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan anda.

x sarapan pagi - Apabila anda bangun daripada tidur, ia bermakna tubuh anda telah 12 jam tanpa makanan. Ia memerlukan pengisian semula untuk membekalkan tenaga. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan, tekanan darah akan menjadi rendah, ia akan mengganggu organ daripada berfungsi pada tahap sebenar. Otak anda juga akan terganggu kerana tidak mendapat aliran darah yang mencukupi. Ia akan membuatkan pemikiran anda menjadi lembap. Hasil kajian juga mendapati bahawa daya ingatan seseorang yang mengambil sarapan adalah lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengambilnya.

duduk terlalu lame - Apabila anda duduk terlalu lama, tubuh anda akan menukarkan lebihan gula dalam badan menjadi lemak. Ini akan membuatkan anda menjadi lebih gemuk. Selain daripada itu, ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada saraf dan sel-sel darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan risiko penyakit diabetis dan masalah buah pinggang.

dalam keadaan marah - Seorang yang pemarah biasanya akan menghidap penyakit darah tinggi pada usia yang muda. Selain itu, ia juga akan meningkatkan risiko anda menghadapi serangan jantung. Punca seseorang menjadi marah biasanya adalah disebabkan oleh tekanan perasaan. Jadi cuba elakkan anda berada didalam situasi yang tertekan. Marah adalah merupakan sifat semulajadi manusia tetapi anda perlu bijak untuk mengawalnya.

:)

Saturday, March 30, 2013

ak ini kenape?

ak ini memang ade salahnye. ak mengaku. ak memang ade salahnye.
die kate ak pentingkan diri. ye, memang ak pentingkan diri. ak mementingkan diri kerna ak  sayang diri ak. ak mahu hidup bahagia bersama orang- orang yang ak sayang. jujur, ak meletakkan diri ak dalam risiko. ak meletakkan diri ak bagaikan perjudian hidup antara derita atau bahagia. ak lebih memilih bahagia apabila semua dipelosok dunia hanya mahukan bahagia dan gembira. tetapi apekan daya jika hanya bahagia luarannya sahaja tetapi dalamannya derita. ak tak mahu derita. ak seorang perempuan xmungkin memilih derita . ak mahu bahagia.

lame ak menanti jawapan kau wahai si lelaki. lame ak menunggu jawapan ikhlas dr lubuk hatimu. 1 petang td ak sudah tahu. kau sebenarnye tidak tahan lagi dengan sikapku ini. kau dah fedup kan...kau kata ak pentingkan diri. kau selalu tidak percaya. walaupon ak tidak bersalah atau salah, ia tetap sama bagi mu.

sudahla. kau telah pon berterus terang tadi. ak mengerti. ak faham.

kau dah bosan. kau dah tak mahu denganku.
ungkitan saja di bibirmu.

ak ini kenape? ak ini biasa saja. perempuan biasa.
banyak silap dan dosa. manusia bukan...? jika malaikat memang tidak punya silap.

jd kamu pula kenape?