x cukup tido - xckup tdo boleh ganggu fokus dan kesihatan korg. disarankan tido 7 - 8 jam setiap malam.
- jadikan ia satu prioriti. tetapkan jadual tido. tutup laptop. jgn on fb. matikan semua gadget.
jgn mnum kopi,nescafe waktu malam. waktu tdo tutup lampu.
tidur apnea - kdg2 korang pk korang dah dpt waktu tdo yg ckup, tp masalah apnea lak yg ganggu.
Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan korg tersekat ketika tidur.
Menyebabkan korg berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara
tibe2 korg terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan korg dari tidur tapi
korg mungkin tak sedar. Hasilnya, korg tak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi
korg di siang hari merudum.
- Biasanya dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan korg dan jgn merokok.
Kedua-dua ini berpotensi mendapat apnea.
x cukup tenaga - Makan terlalu sikit, diet yang keterlaluan akan sebabkan korg lemah. Diet yang
seimbang bantu korg utk kekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah.
Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, korg akan jadi lemah dan boleh
menyebabkan pitam.
- Mesti, mesti dan mesti breakfast! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping
roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga korg dapat dibekalkan di waktu pagi.
Waktu pagilah korg perlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk
fokus pun korg perlukan tenaga jugak.
kurang darah merah - Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering
(anemia) berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid.
Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka
dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen
keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia.
Jumpa doktor jika ade siptom macam tu.
- Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di
klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi
seperti daging merah, dan juga kekacang.
tekanan emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat
sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada
fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering
berlaku akibat tekanan emosi.
- Lakukan perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat
kepada tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat
nasihat psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental.
Jika anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus
berjumpa dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai
satu cara untuk mengubat masalah tersebut.
Penyakit hipotiroid - Korg mungkin akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian
halkum korg. Kalenjar tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma korg.
Apabila kalenjar ini tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup,
metabolima badan akan menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan korg
bertambah berat badan dan bermacam-macam lagi simptom lain.
- Jumpa dengan doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui
kadar hormon tiroid korg.
terlalu banyak kafein - Kafein membantu korg segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila
korg mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam
kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah
meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan
korg menjadi lemah.
- Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi.
Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah
menyebabkan korg bertambah lemah.
penyakit kencing manis - Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak
dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat
dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau
ayah korg yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama
ada mereka mudah letih atau tidak. mesti diorg cakap ye.
- Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan
mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat
badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang
secara separuh.
penyakit jantung - Secara ringkasnya, korg akan alami simptom mudah penat dalam
melakukan kerja-kerja walaupun korg berjalan dalam jarak yang dekat.
- Perubahan gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan kurang minum air. Sama ada melakukan
senaman ataupun bekerja di atas meja, badan sangatlah perlukan air. Apabila
korg dahaga, itu bermakna korg dehidrasi.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya korg g gym, minum
air setiap kali korg lakukan senaman. Apabila rasa dahaga, terus minum seteguk
dua. Bila korg minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.
:)
No comments:
Post a Comment