Powered By Blogger

Friday, May 17, 2013

driving.

tips memandu waktu ujan.......


Banyak tips memandu ketika hujan yang kita sedia maklum contohnya pasangkan wiper, perlahankan kenderaan, elak lopak air dan buka lampu jika perlu. Namun banyak lagi tips yang mungkin kita terlepas pandang, jom amalkan 7 tips ini!

1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir – Ini mungkin menyebabkan kereta terbabas, cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan kemudi (steering), namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.

2. Kurangkan memandu di lane kanan sekali. Kawan admin pernah alami apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air dan menyebabkan percikan ke cermin hadapan kereta beliau dan menghalang pandangan ke depan. Percikan berlaku selama lebih kurang 1 saat, boleh mendatangkan bahaya jika sedang memandu laju.

3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.

4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Jalan tengah licin, kalau kereta depan brek mengejut, tak ke naya?

5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan (hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
Kalau tak percaya, baca semula buku lesen L.

6. Elakkan memandu terlalu laju kerana ia bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu dan pemandu lain, tetapi juga menyebabkan enjin dibasahi air.

7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.





kadang2...ak pon drive kete laju time ujan...memang bahaye..lagi2 bile brek mengejut..kat highway plak tu...kalao hujan lebat sgt2...ak drive slow je...penah skali tu...hujan lebat sgt2...smpai tak nampak apepon kt depan ngan blakang...da la tempat rehat jauh lagi...kat highway lak tuh...ramai yang pasang lampu kecemasan(hazard) termasok lori...ni bukannyer ape...kalao dah keadaan tu tak mengizinkan...hujan yang betul2 lebat sgt2..sampai tak nampak ape....walaupon kite nampak, tapi tkot keadaan pemandu lain yang tak bape nampak,rabun or whatever jer la kan...tkot die tak prasan kete kite...die langgar...dah la ujan lebat...ngn keadaan yang mmg cemas....eksiden plak tuh....haisshh...ade baiknyer utamakan keselamatn diri dlu sebelom jadi ape2.....



selamat memandu!  :)

oh ya! for my cousin...eby donut! congrats sb bru je lulus ujian memandu...yeayy!!!  :D





gk dalam gamba ni...ase nak tdo plak kan...hihihi...

No comments: